Cari Duit Saku Untuk Ke Sekolah
June 7th, 2007“Macam mana? Nak aku belikan apa-apa tak?” Fika merenung tepat ke wajah Irdina sambil mencari duitnya di dalam dompet. Dia turut bersimpati dengan apa yang telah berlaku terhadap Irdina yang sungguh susah mencari duit, walaupun duit saku ke sekolah. Dicubit peha kanan, peha kiri juga terasa sakitnya. Ah..kesian gadis ini!! Dia ingat lagi ketika Irdina menangis-nangis di bahunya petang tadi, menceritakan segala apa yang berlaku, mencari duit bukan satu masalah bagiku. Dan…dia betul-betul tidak menyangka Azam sanggup bermain kayu tiga kerana mencari duit. Setahunya lelaki itu baik budi bahasanya, hormatkan orang tua-tua, dan juga kuat beribadat. Agaknya kerana apalah Azam tiba-tiba menjadi buta hati kerana mencari duit, sehingga tidak dapat menilai antara kaca dengan permata?? Cari duit je lah…
“ Tak apalah. Aku tak ada selera, Fika.” Irdina menyeka-nyeka air mata dengan hujung jari. Malam itu, seleranya seolah-olah tertutup terus. Yang ada, cuma wajah Azam yang bermain-main di birai mata.
“ Sudahlah Ina. Ada hikmahnya tu. Kau cuba-cubalah lupakan dia.”
“ Kalau orang lain, aku tak kisah sangat Fika. Ini bekas roommate aku sendiri!!” Matanya terarah kepada Fika. Irdina kemudian menarik nafas dalam-dalam. Dia sedar, dari zaman sekolah menengah lagi Rozanna sudah ada hati pada Azam. Namun selepas Rozanna mendapat tahu dia dan Azam ada hubungan istimewa, gadis itu seolah-olah menyepikan diri. Dia menyangka gadis itu dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi lain yang disangka, lain pula yang jadi.
“ Nak buat macam mana lagi,Ina. Kita tak mampu nak buat apa-apa. Kau berehatlah, tenangkan fikiran. Nak aku tutupkan lampu?” Syafika sudah pun menghala ke pintu. Dalam hati, risau juga nak meninggalkan teman yang tengah bersedih seorang diri. Namun, perjumpaan dengan kawan-kawan persatuan juga penting, tak boleh dibatalkan sesuka hati.
“ Tak payahlah Fika. Rasanya aku belum nak tidur lagi.” Dia memerhati Fika yang sedang menyarungkan sandal di muka pintu. Beruntung dia mendapat sahabat sebaik itu. Fika pandai memujuk. Hasilnya, hatinya tidak seresah tadi.
Irdina bingkas bangun. Dia sendiri tidak dapat membayangkan bagaimana hidupnya selepas ini. Dia tahu, bukan senang nak melupakan Azam sekelip mata. Tambah-tambah lagi lelaki itu sudah dikenalinya sejak dari sekolah lagi.
Irdina membuka pintu almari. Laci yang paling bawah ditariknya perlahan-lahan. Di situlah segala barang-barang pemberian Azam disimpan. Dia tidak pernah menyangka lelaki sebaik Azam boleh berubah hati sekelip mata. Namun, dia tahu dia tiada pilihan lain. Takdir Tuhan, tidak ada siapa yang dapat menyangkal.
Kaset-kaset nasyid, diari, kad-kad ucapan, serta surat-surat pemberian buah hatinya itu dilambakkan di satu tempat. Kemudian, Irdina mencapai pula teddy bear pemberian Azam. Selama ini, beruang kolar itulah yang menemaninya tidur setiap malam. Tentu aku akan kesunyian selepas ini. Sayu hatinya bila mengingatkan dia tak berpeluang memeluk teddy bear itu lagi. Walau apapun, dia perlu menguatkan semangat. Dia tidak boleh terlalu menurut kata hati. Sudahnya, Irdina memasukkan barang-barang itu ke dalam sebuah kotak besar. Mulai hari ini saya akan lupakan awak, Mohd Azam Mohd Jalaluddin!!